Thursday, 28 April 2011

Cinta Tanpa Masa Hadapan



Azam menghempas telefon bimbitnya . Sudah beribu-ribu kali dia cuba menelefon Balqis Qistina , tetapi satu panggilan pun tidak berjawab . Seolah-olah telefon itu bisu . Akhirnya , Azam mengambil keputusan untuk berputus asa sahaja . Azam melangkah keluar dari biliknya kesayangannya itu . Dia terus menuju ke ruang tamu . Semasa dalam perjalanan , sempat juga dia membebel-bebel sendirian . Adiknya yang mengekori dirinya hanya mampu menggeleng perlahan . Memang dia sudah tahu , abangnya itu memang sudah tergila-gilakan Balqis Qistina . Mahasiswi di Universiti Seri Bangsar .

" Lebih baik aku tengok televisyen daripada buang masa telefon Qis . Membazir kredit aku je !"

Adiknya yang mendengar bebelan itu hanya menyergah dari belakang . Dia perlu menyedarkan abangnya !

" Ha ! Abang berangan apa tu ? Sudah-sudahlah teringat dekat Kak Balqis ! Jangan berharap kepada orang yang tak berharap dekat kita ! "

" But I'm very very very love her !"

Selamba sahaja Azam berkata begitu . Seolah-olah dia lupa Balqis Qistina tak pernah menerima cinta Azam Najmi !

" I know you love her , but you also have your own life !"

" Urmmm .... No comment ..."

******************************************************************************

" Balqis , kalau aku tanya kau , kau jawab sejujur-jujurnya ye ?"

" Okay ."

Sepatah perkataan sahaja yang dia perlukan untuk menjawab soalan Adelina . Nampaknya dia lebih tumpukan perhatian kepada novelnya daripada Adelina .

" Kenapa kau tak terima Azam ?"

" Lina , boleh tak kalau kau tak tanya soalan tu ?"

" Opss . Sorry Qis . Tapi Azam tu kan handsome , ada duit , ada segalanyalah !"

Balqis berpaling ke arah Adelina . Dia juga memandang Adelina dengan pandangan yang tajam sekali . Cukup untuk membuat Adelina sedar yang Balqis tidak suka bercakap mengenai Azam .

" Sorry Qis ...."

" Okay . Jom pergi library ."

" Eh ! Miss Zeraniya kan suruh kita tolong dia dekat makmal komputer ?"

" Ouh ye ! Aku lupa !"


**************************************************************************

" Kak Adelina ! Kak Adelina ! Kak Puteri Arabela Adelina !!"

Tercungap-cungap Armela memanggil Adelina .

" Eh ! Mel rupanya ! Nak apa ?"

" Kak Balqis mana ye ?"

" Kak Qis dekat perpustakaan . Kenapa ?"

" Abang Azam ajak dia makan malam dekat KOS centre ."

" Nanti kakak sampaikan ye ?"

" Okay , terima kasih !"

No comments:

Post a Comment